Saturday, April 25, 2015

10 Tips Mengatasi Rasa Malu Untuk Berbisnes









1.
Berdoalah kepada Tuhan dengan doa yang specifik.
Minta agar dikurangkan rasa malu dan 
diberikan keyakinan diri.


2.
Kenali diri sendiri.

Buat senarai kelebihan, kekurangan diri
sendiri beserta cadangan mengatasi.



3.

Tentukan minat terhadap bisnes dan cuba ‘master’ 
dengan apa yang hendak diusahakan.


4.
Sekiranya anda seorang wanita dan masih mempunyai suami, 
sila minta izin suami terlebih dahulu. 
Lebih bagus libatkan pasangan agar dia tahu apa yang kita buat. 
Sekiranya dia seorang ekstrovert bolehlah dapatkan sokongan darinya.


5.

Yakin dengan bisnes/ produk yang hendak diusahakan. 
Pendek kata kalau pelanggan tanya apa pun boleh jawab.
6.
Yakin dengan diri sendiri dengan sentiasa memikirkan kata-kata 
motivasi dan nasihat dari mereka yang sudah berpengalaman

7.

Baca dan dengar pengalaman orang lain.

8.
Sekiranya offline,tanamkan dalam diri yang anda nak bantu 
selesaikan masalah orang lain dengan produk
tersebut jadi kenapa perlu malu?

9.
Tanya diri sendiri jika orang lain 
boleh kenapa aku tak boleh?



10.
Jangan rasa kecil hati atau sedih jika tiada yang membeli atau jualan 
kurang memberangsangkan sebaliknya kaji kenapa j
adi begitu dan berusaha 
memperbaikinya dari semasa ke semasa



0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2014 Power Gold Sarawak