Wednesday, April 22, 2015

We Are the Champions!








Untuk pengetahuan anda, salah satu daripada keistimewaan emas adalah ianya dikaitkan sebagai simbol kejayaan dan kemenangan. 


Dengan kata lain, manusia memilih emas bagi meraikan kejayaan, pencapaian tertinggi dan terbaik.

Sebagai contoh.... "Pingat emas sukan Olimpik" Jika anda mendapat tempat pertama atau pencapaian terbaik, biasanya anda akan dapat pingat atau piala emas. 

Tidak kiralah emas betul ke atau pun plastik celup warna emas ke, orang tetap panggil pingat emas Piala Dunia 2010 – Piala emas yang hebat!!! 

Fakta Piala Dunia FIFA. 
1. Ia diperbuat daripada emas 18 Karat 
2. Beratnya ialah 5 kilogram 
3. Ketinggiannya 14.4 inci (36.5 sentimeter). 

Cuba bayangkan diri anda menjulang emas seberat 5 kilo. Pasti anda akan teruja dan rasa sangat luar biasa. Ini kerana emas mempunyai auranya yang tersendiri.

Kesimpulannya.... 
1. Emas sangat istimewa. Ia adalah simbol kejayaan. 
2. Orang yang menang dan hebat akan diraikan dengan pingat atau piala emas. 
3. Kalau nak simpan emas, disarankan anda menyimpan emas betul, bukan emas atas kertas . Ini kerana aura emas fizikal jauh lebih hebat dari emas dalam buku.

Buatlah pilihan anda sekarang.

0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2014 Power Gold Sarawak